Thursday, February 2, 2012

Hari meluah rahsia hati


Dah lama tak update blog, hari ni terpaksa la aku cari kau bila kau aku perlukan. ish gila apa aku ni. huhu. Tulah sepatutnya luah kat Allah swt tapi luah kat blog plak. Sengal !! Ke aku ni perlukan perhatian sebenarnya? Takkan nak menagih simpati orang kot? Ishh.. Siyes wa tak pasti ler.. Bukannya orang tau aku sape pung.. Yang pasti di saat ni terasa nak luah perasaan. Sikit jek..

Banyak benda yang terasa kehilangan sebenarnya. Hidup ni dah le singkat je tapi aku rasa masalah aku makin banyak dan aku susah nak kawal emosi dan kegeraman aku bila masalah melanda. Aku cakap macam ni, dia buat camtu. Aku rasa aku dah cuba dah kawal emosi aku sebaik mungkin dan cuba memahami situasi dia, situasi kita orang yang tak macam pasangan lain. Aku cuba gak jaga hati dia, walaupun kadang-kadang kena makan hati tiap-tiap hari. Aku kesian gak kat dia sebab aku rasa dia sendiri pun ada banyak masalah dengan mangkuk ayun a.k.a. mangkuk tingkat tu !! Sakit hati aku. Haih.. Tak tahu le hati sape lagi sakit. Hati dia ke hati aku..

Kenapa bila aku cakap "NO", dia tetap buat gak? Bila aku cakap "TAK NAK", pun sama je jalan ceritanya. Aku rasa aku dah sehabis upaya jelaskan padamu wahai encik jantung hatiku. Haha. Bengong!! Patutlah aku rasa dah macam takde jantung dan takde hati lagi.. Dia dah "curi"!! Nak mintak balik sayang lah plak. Kesian gak kat dia, kesian kat kita orang ni yang jadi mangsa keadaan. Dan rasanya kita orang pun salah gak sebab membiarkan diri dan merelakan diri dijadikan mangsa. Dan rasanya kita orang suka je dijadikan 'mangsa'. Hadap je. Redha jek. Umpama membiarkan diri dibaham harimau. Nak makan kita orang? Makanlah!! Nanti aku mati jadi hantu pun aku cari korang. Haha.. Bengong la aku ni.. Gilerzzz...

Saya kalau boleh tak nak lah give up separuh jalan.. Saya sayangkan cahaya matahari saya. :) Lagi pulak dah lah kisah kita ni mengalahkan citer Kal Ho Naa Ho atau Dilwale Dulhania Le Jayenge.. Hahaha.. Harapnya jodoh kita berpanjangan seperti yang diharapkan oleh your beloved sister. Dia pernah cakap kat saya,"Akak doakan jodoh korang berpanjangan, hidup bahagia. Akak tak nak korang sedih-sedih dan spend masa dengan happy."

Tak pasal-pasal air mata ni meleleh plak. Dah tak nampak dah skrin lappy ni. Berkabus jek.. Saya rindu giler kat Kak Y. Dia baik dan kelakar orangnya. Ramah giler. Sporting pun ye. Kempunan aku nak dapat akak macam dia. Allah lebih sayangkan dia. Tak sempat nak berjumpa orangnya. Kalaulah aku boleh undur balik masa, teringin sangat nak jumpa dia walaupun sekali. Memang terasa menyesal, ralat sangat. Dah beberapa kali aku plan nak jumpa dia tapi kebetulan dua-dua tak jumpa waktu yang dua-dua free. Tapi nak buat macam mana, dah ditakdirkan macam tu. Mungkin kalau aku dapat jumpa dia sebelum dia pergi, aku akan rasa lagi sedih dari sekarang ni. Ada hikmah kot di sebaliknya. Segalanya dah Allah caturkan.

Sedih-sedih aku, mesti dia lagi sedih. Akak dia plak tu, orang yang paling rapat dengan dia. Aku yang orang luar, yang tak pernah jumpa dia pun sedih, inikan pulak dia. Cuma bezanya dia tak pernah cakap je. Nak buat macam mana. Dia lagi kuat memendam dari aku ni. Kalau dia luahkan pun mesti aku yang 'banjir' kot. Nanti lagilah dia bertambah sedih. Haih. Ini tak boleh, itu tak boleh. Semua tak boleh!! Apa yang boleh? Boleh blah?? Hmm... Hidung dah tersumbat dah ni. Hish..

Hari ni kita orang bertekak lagi. Kat mesej je. Kat telefon dah 'sembur' dah dia. Dah sembur salah, tak sembur salah. Kalau tak sembur, aku sakit hati. Dah sembur pun, aku gak yang sakit hati. Apa citer? Haih.. Agak-agak kenapa bila kita melepaskan kemarahan pada orang yang kita sayang, kita sakit hati jugak? Sesapa yang bercinta tu mesti dah tau jawapannya. Benci betul bila aku sembur mu, aku jugak yang sakit hati dan sedih. Sebabnya terasa bersalah marahkan orang yang tak reti balas balik kemarahan aku tu. Umpama aku ni lah yang jahat. At least aku terasa aku lah yang jahat sebenarnya. Kenapa Encik MS biarkan saya kelihatan jahat? Especially bila ada salah faham. Contohnya bila aku dah marah-marah kat dia, tau-tau sebenarnya aku salah faham je. Dah tentulah aku lagi serba salah bila buat serkap jarang.

Tapi saya rasa memang patut pun saya marah sebab awak seharusnya menerangkan pada saya cerita sebenar tanpa perlu saya tanya. Nak tunggu saya tanya, alamatnya akan makan masa lah. Kalau awak dah tau saya salah faham, it's your responsibility untuk explain pada saya. Itupun kalau awak betul-betul sayangkan saya dan hubungan kita lah. Sebagaimana saya sebolehnya tak suka awak salah faham pada sesuatu perkara dan saya biasanya akan terangkan pada awak supaya takde ruang untuk kita salah faham ke, bergaduh ke atau apa-apa saja yang boleh mencacatkan hubungan kita.

Pada saya, kalau ada salah faham seeloknya segera kita setelkan. Sebab masa berjalan dan setiap saat yang kita biarkan berlalu tu mempunyai risiko yang mungkin akan meruntuhkan, menjauhkan atau memisahkan hubungan kita. Pada saya, itulah saya dan itulah yang saya harapkan awak lakukan jua. Tapi nak buat macam mana, dah awak kata pemikiran dan cara awak berbeza. Awak nak bagi saya cool dulu kalau saya salah faham. Hmm.. lelaki memang macam tu ke? Ke ayat "nak bagi awak cool dulu tu" hanya alasan korang sebab korang malas nak dengar perempuan bising-bising kat korang dan sebab EGO a.k.a. nak jaga air muka lelaki kalau kena pujuk perempuan? So jalan selamat adalah biarkan si perempuan cool dulu and then barulah korang datang pujuk si perempuan yang confirm dah tenang lepas satu, dua hari dibiarkan macam tu? Nak diikutkan pada saya, sebenarnya ni semua psikologi sebenanrnya. Even masa saya kerja dulu pun saya diberikan latihan sebegini untuk menenangkan hati customer yang tengah angin dan tak nak dengar cakap kita. Bila kita senyap seketika, dan biarkan diorang melepaskan kemarahan, then barulah diorang panggil-panggil kita dan tanya,"Awak dengar tak apa saya cakap?". Haha.

Tak kisahlah apapun alasannya kenapa awak prefer begitu, tapi saya harap kalau berlaku salah faham dalam hubungan kita, jelaskan secepat mungkin. Kalau ikut tips orang yang dah berumah tangga pun, diorang takkan biarkan sesuatu salah faham tu berlarutan sehingga keesokan hari. Ada tu yang memang make sure masalah diorang setel hari tu jugak dan takkan biarkan masalah diorang melebihi 5, 6 jam. Kira ok lah tu kan, waktu cool down tu 5, 6 jam je. So takde lah pihak yang 'sakit jiwa' tu terseksa berjam-jam lamanya sampai keesokan hari. Sobonar eh, ni tips pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi tu hah. Walaupun diorang banyak kontroversi tapi cek suka dongar dan tengok diorang ni menguruskan rumahtangga. Kira sambil-sambil tengok tv tu, banyak lah ilmu i dapat u. Cuma tak dapek dipraktikkan laie jo sobab bolum kawen lagi. :-) Nak buek cano, bolum ada lesen laie.. Takde ke yang nak bagi kat cek? Hahah.. Sengal !!

Gelak-gelak jugak. Aku tak habis cakap lagi kat mu MS ye.. Wahai lelaki, bila kau tengok kekasihmu itu senyap dan tak menangis pun, tapi ketahuilah dia sedang memendam rasa dan menangis dalam hati. Huk huk.. sreettt.. Bila dia katakan "TIDAK" atau "TAK NAK", awat hang tak faham-faham gak? Haish.. Kita bukan hidup dalam zaman dolu-dolu, "Kalau diam tu tandanya setuju." Takde maknanya !! Orang sekarang, kalau tak nak diorang cakap tak nak. Nak, cakap naklah. Tapi tulah, mungkin sebab tulah orang kata bahasa lelaki dan wanita ni berbeza. Aku rasa macam cakap dengan ayam dan itik pun ada. Krukk..krukkk.. kuekk..kuekk... Hahaha !!

Men are from Mars, Women are from Venus. Iye ker? Bukan kita semua dari bumi ke? Huhu. Patutlah penat aku cakap, tak faham-faham gak. Satu lagi mungkin sebab aku je yang banyak bercakap dan 'bising', si dia banyak mendengar dan 'sabor jelah minah ni', that's why lah kot komunikasi tu macam tak sampai-sampai je dan banyak lubang sana sini. At least aku lah yang terasa macam tu, kekanda ok je? Dinda tak bawa masalah pada kekanda dan kekanda tak rasa dinda atau hubungan kita bermasalah ke?

Kenapa lagi banyak aku cakap, lagi aku sakit hati dan kemudian aku wondering,"Kenapa masih takde perubahan? Kenapa aku rasa tak didengari? Kenapa masalah tetap wujud? Mana 'kebocorannya'? Awat cek ja yang bising? Mu tak nak bising kat cek balik ka? Aku ke yang problem? Kalau ye, kenapa tak bagitau cek? Kot-kot ada wire shot dalam otak aku ni ke kan? Haa.. tak nak lak bagitau kat aku? Kata sayang..???? Kalau kita sayangkan seseorang tu, kita biarkan orang tu terkontang-kanting ke? Pelik lah. Ke aku yang tak faham? Hmmm...

To be con'd...


Friday, May 27, 2011

Aishiteru...


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh di sana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh di sana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai di sini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
ku mohon kau kembali...

Wednesday, April 6, 2011

Template baru, kerja baru, semangat baru dan pakwe baru?

Template baru? CORRECT!!
Kerja baru? CORRECT!!
Semangat membara-bara baru? YA, TEPAT SEKALI!!
Pakwe baru?? NEHIIIII!! (Eh, tetibe cakap Hindustan pulak.)

Cakap pasal semangat teringat lagu ni. Layan lagu ni dululah..



Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikirkan boleh, kita betul. Kalau kita fikirkan tak boleh, kita betul juga. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Wohooo..gaya sang juara.
Anyway, thanks kepada adik Wan Hazel sebab tolong 'design'kan template ni. Atas hasil kreativiti dan cetusan idea dari kami berdua maka terhasillah template sepertimana yang saya mahukan.

Nasib baiklah budak Wan ni penyabor orangnya. Cool jek. Saya nak macam ni dia buat, macam tu pun dia layankan aje. Yelah customer always right kan. Hehe. Lastly, saya scratch susun atur, warna dan gambar-gambar yang saya nak berdasarkan rough template yang dia bagi, lepas tu saya tunjuk kat dia. Habis cerita!! Dia pun senang buat kerja dan kehendak saya pun tercapai. ^_^

Cepat sungguh masa berlalu kan? Rasanya baru je masuk tahun 2011. Sekarang dah suku tahun dah. Apa dah aku capai dalam masa 3 bulan lebih ni? Hmmm..Eh, ADA LAH!! APANYA??

AKU TELAH BERJAYA MELEPASKAN DIRI DARI TEMPAT YANG DAH LAMA AKU NAK BLAH !! ^_^

OK!! NEXT STEP please?? ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...